Friday, May 20, 2011

traveling to Muis Melewar

18.05.11>>>>>>>

ari ni keja cam besa,jam8 da buka klinik,jam1 of for rest..jam 2 masuk keja blik sampai jam 5 ptg..tapi ari ni syok kami yg sem5 d bawa g travel d Muis Melewar…jam2 2 kami da prepare vaksin & peralatan yg perlu tuk traveling tue…emm..pas da sedia tgu kereta tuk gerak…

tempat ni aku x pena pegi pun..so x tau g cam na keadaannya…dorg ckp best…tempat sana cntik,tpi perjalanan jauh la tuk sampai sna..em…nak d pendek kan cita,tuk sampai kesana mesti la ada kereta kan…alakah terkejut beruknya kami bila kereta yg d sedia kan hanya memuatkan 3 org ja..sedangkan kami ada 5 org n 6 org termasuk pemandu…so phm2 ja da muatan lebih so yg lebih tue kena la duduk d bhgn belakang…malunya……….hahahahahaha

jam2.30pm 2 kami bertolak dari klinik..wa…..jauh nya perjalanan..kalau jln x bertar tdi x pa ni….em phm2 jak la jln masuk kem ni…hahahahahaha………
sepnjg perjalanan tue..kami berdiri menikmati saat bergembira berada d blnkg time tue…wa syok gila..ngan beruniform full tue…hahahaha..malu jg org tgk2..ah,tpi kami peduli apa..pengalaman ni yg mesti aku kutip spnjg perjalanan menjadi seorg pelatih….huhu…
sampai jam d tmpt yg dtuju.,kami d sambut oleh seorg nurse d sana…keja kami suntik2 ja..hahaha….pas da setle suntik dlm 25-30 org gitu,keja kami pun da habis..kini tiba la masa tuk jamuan ringan..hahaha..punya la sandi tiem tue..lau d ikutkan cita sblm jalan tdi konon hidangan ringan cam besa la gorng pisng….huhu…em…mlng nya kamin d hidngkan ngan roti ngan kola n oren 2 botol..haahha…pa lgi bantai ja la pa yg ada..hahaha..sebenarnya x mengharap tpi harapan tue tinggi..wakakaka(ala2 cam benda penting ja,padahal pisng gorng ja pun )

selesai mkn,pa lgi ni la masa  nya kami bergambar sakan..hahaha..cantik tempat ni..mang x d nafikan lau da nama tempat  tue kem mang konpom cantik la…hahaha….

jam 4.15 kami gerak uda dari sana..best pengalaman d sana..tapi penat la jg..penat berdiri d blkng keta tue..hahahahaha…..ni pengalaman yg x dpt ku lupakan..syok giler......hope pas ni cabaran demi cabaran yg bakal aku tempuhi dapat aku hadapi ngan lebih gah & tabah...

the best memory i wil remember 4 ever n ever.....

pose d roda meriam..huhu....


meriam betol nie....


bangau n rafflesia


men sembunyi2 jap..


comel....


bykkan meriam...



Monday, May 16, 2011

g0 t0 cAre

16 mei 2011..huhu…praktikal kembali lgi..setelah berhempas pulas selama sebulan untuk exam final 2011..akhir nya buat yg terakhir kali nya kami pergi praktikal.ni adalah praktikal yg terakhir dlm latihan ku yg da 2 1/2 yg jg suda sampai kepenghujungnya ni....kali ni aku n 3 org lgi kwn(kak sue,kak mami,& kak hawa)d tempatkan d Klinik Kesihatan Merotai Besar…

Perjalanan yg cukup menyeronokkan..em..huhu..seronok ka..40 minit perjalanan memang meguji kekuatan, kesabaran ku…loya ,pening suma la aku rasa..kepala punya la sakit sepnjg perjalanan 2..mang aku x than..lama da kali x jln jauh..em 2 la pasal jdi cam tu…huhu….

Tepat jam 10.40am kami selamat sampai d perkarangan Klinik.rumah kami x jauh dari klinik..sampai ja kami trus g lapor diri..yg malang nya tue..bis ja lapor diri trus d suru g keja..huhu..jam 2 msk keja ..hahaha…kelam kabut jg kami jdinya..pham2 ja la,penat yg x terhingga ni…mang kami harap sgt spya d bgi rest tuk hari ni walau pun sok cuti (wesak day)

Pa2 pun.keja tetap keja..msk ja rumah.kami trus kemas uma then aku g iron baju..hahaha..menyesal jg x iron dri kolej awal2 g..hahaha(padan muka)..sedar x sedar da pukul 12…emm waktu untuk mkn…maggi la maksudnya…. da x sempat mau msk…mkn pa yg segera ja la…haha ..tepat jam2 kami trus g keja….

jam 5 ptg..yea..plg uma…time to cook..laparrrrrrrrrrr….ari ni kena mkn yg istimewa skit..hehe….kami plih tuk masak udang masak merah….tpi x da sayur…kita orang mkn nasi ngan udang masak merah ja…hahahhaa,,,(sihat kan)…..


jam 7.30 baru aku g mandi n meluangkan masa nagn laptop kesygan..hehe…tpi syg nya line sini x ok…mau talk with my dear pun susah..besa 3g ngan dia tpi wat masa sebulan ni kena bersabar la nmpknya…huhu….


now..mo g tido..hehehe…hopefully dapat pengalaman yg best kat sini ..sebagai persediaan n pengalaman yg pling terindah sebelum aku melangkah ke alam pekerjaan ku nnti…


gnite..will miss all… my family,my love & my prend…………..^^ 

Wednesday, May 11, 2011

bestnya dismenorea

salam 1 malaysia semua...

em,byk2 sakit yg aku alami,sakit yg mang aku x tahan sakit perut..sakit o....pegalaman lalu byk mengajar aku untuk menghargai kshtan diri sendiri....wlupun dlm misi kehadpn kerjaya yg aku bakal kecapi membuat aku mesti & mesti sihat selalu...hehe(ble ka berthn untuk x sakit????)

Dlm entry kali ni aku nak cita sikit sal sakit wanita...hehe..
tidak semua wanita mengalami rasa yg sama..haid ni jika d dgr mang menjadi kebiasaan pada semua org.tmbh2 lgi bagi org yg da bersuami,means kena cuti la untuk beberapa waktu...kan..kan..kan...
tpi bgi wanita haid ni bukan sesuatu yg mudah..susah tau haid ni..masa sebelum semasa n selepas haid,suma kena jaga,dari segi emosi,rupa paras,bila da haid d situ la emosi pandai berubah jdi x menentu...muka plak timbul yg bukan2...hehe



kesakitan semasa haid yg d alami ole sesetgh wanita ketika haid,d pgl dismenorea..
biasanya dismenorea dpt d rasa beberapa saat sebelum hari pertama haid.pas 2 ianya memuncak setlh 24 jam dan akan berkurang setelah 2 hari..rasa kesakitannya pula ialah kejang yg teramat sgt dan berterusan,biasanya sakit berlaku d bhgian perut bwh iaitu d bhgian sistem reproduktif  wanita..tetapi kesakitan dpt d rasai sehingga ke bhgian pinggang,paha atau kaki..dan yg pling teruk sakit ni jg ble d sertai dgn rasa mual,muntah,diarea,sakit kepala,sembelit & rasa hendak kencing yang kerap...


byk faktor yg ble menyebabkan sakit ni d alami antaranya ialah emosi seseorg,,alergi,peningkatan kadar prostadglandin,hormon progresteron yg berlebihan & penyakit lain spt anemia  dan sebab ini lah yg membuat kan sakit ini x dpt d elak ole mana2 wanita pun yg mengalaminya...

tpi dlm menghadapi kesakitan ini,kita ble wat sesuatu untuk mengurgkan sakit ini...
1.guna teknik pemanasan: isi air panas kedalm botol then letk d bhgia perut bwh kita..rasa sakit akan beransur kurg,tapi kena kwl suhu kepnsn iar nnti melecur susa..bila kulit da berubah jdi merah2,2 tnda kulit da melecur..so sila cntrl suhu air 2 k...kdg kita da x hirau kepnsn air 2 sebb da rasa selesa ngan sakit yg semakin berkurg selps d letakkan air panas 2...
2.Latihan pertama: Berdirilah kira-kira 3 kaki disebelah kanan dinding dengan kaki tegak lurus. Letakkan lengan kiri pada dinding setinggi bahu, tangan kanan dilipat ke pinggang. Gerakkan dengan kuat otot-otot perut secara bersamaan dengan otot-otot punggug,punggung d bawa  kedepan. Tahanlah kekejangan  otot-otot tersebut kemudian gerakkan panggul ke sisi dinding. Tetaplah pada posisi demikian kira-kira 3-4 saat, then rehat sekejap dan ulang latihan sebanyak 3 kali, kemudian posisi diubah disebelah kiri dinding sehingga gerakan di lakukan pada kedua sisi tubuh. Perlu d ingatkan  supaya tumit tetap di tempat (tidak bergeser) dan pinggang jangan sampai menyentuh dinding.
Latihan kedua: Berdirilah dengan kedua kaki tegak, tangan diangkat tinggi-tinggi sampai melampaui bahu. Kita putar kedua lengan ke salah satu sisi dan berusaha menyentuh sisi luar kaki kiri dengan tangan kanan, dan sebaliknya. Gerakan diulangi sebanyak 10 kali disetiap sisi.
Kedua latihan ini sebaiknya dilakukan dengan rutin setiap hari, insya Allah kita akan merasakan manfaatnya setelah 2-3 bulan kemudian
3.ubat2an: Bila sakit yg teramat kuat dan perlu pertolongan segera, maka kita bole membeli ubat2 yang dijual di farmasi tanpa harus dengan preskripsi doktor, cnthnya feminax, aspirin, paracetamol dan lain-lain. Jangan lupa bacalah dengan teliti cara penggunaanya..sebab ubat2 jenis ini hanya akan mengurng rasa sakit dan bukan nya menghilng kan rasa sakit...
Apabila kita telah melakukan sedaya upaya dirumah baik dengan pemanasan, latihan mahupun ubat-ubatan selama lebih kurang 3 bulan tetapi belum ada sedikitpun perubahan,ada baiknya segera berjumpa dgn dktr pkar.kemungkinan ada penyakit atau kelainan di sebalik  rasa sakit yang kita rasakan, wallahu a’lam.


JADI;AH WANITA YG SENTIASA BAHAGIA & CERIA


Sunday, May 08, 2011

rubella

emmm...huhu..lama juga x entry kan..
so nak cita sikit la sal 1 jenis pnyakit ni..dekat2 mau exam ni bek kita kongsi sama2 sal penyakit rubella..hehe


Rubella atau lebih dikenali sebagai German Measles (ia tak sama dengan measles) merupakan jangkitan virus (togavirus). Ia merebak dengan cara titisan udara dari hidung dan tekak mereka yang mempunyai rubella ataupun, melalui darah kepada anak di dalam kandungan daripada ibu yang dijangkiti dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.


Baby yang terkena Congenital Rubella Syndrome boleh mengalami masalah kecacatan mental, masalah jantung, pekak dan buta dan masalah organ yang lain seperti hati dan kura (spleen).


Untuk orang dewasa atau kanak-kanak yang terkena rubella, tanda-tanda dan gejalanya adalah demam, kelenjar bengkak biasanya di leher atau berhampiran telinga dan ruam-ruam merah di badan. Kadangkala jankitan ini tidak disedari oleh pesakit atau ibu-bapa.


Oleh kerana ia merupakan jangkitan virus, ia tidak boleh dirawat menggunakan antibiotik. Kebiasaan untuk jangkitan virus, ia akan hilang selama seminggu sehingga 10 hari.

Di Malaysia Imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan dan kali kedua pada umur 11-12 tahun. Perlindungan adalah sepanjang hayat.

Untuk ibu-ibu yang ingin mengandung boleh menghindar penyakit ini daripada terkena bayi anda dan mengelakkan Congenital Rubella Syndrome. Walaubagaimanapun, wanita yang ingin mengandung dinasihatkan untuk tidak mengandung selepas 3 bulan menerima vaksin ini. Ini adalah kerana kesan vaksin ini terhadap kandungan masih lagi tidak diketahui.
 
so berjaga2 la k..pencegahan itu lebih baik dari mengubati....

Saturday, April 09, 2011

mana satu pilihan hati


Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham..
"
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu,"

Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,"

emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya

hati yang kecewa

Patut ka aku meluahkan kepedihan dalm entry kali ni?? dah lama xbecerita. xda mood or idea.. minggu ni rasa down sangat dari apa segi sekali pun.. mau buat keje pun xde mood.pa lagi mau study..exam da dekat tp.:(
 Tolong aku  Ya Allah.. Tabahkan hati ini untuk menempuh segala dugaan ini..


Kalau nak diikutkan hati, mau rasanya terjun dari tingkat 3 sekarang ni.. aku berasa teramat kecewa dan terluka sangat sekarang.. bukan xda org lain yg dekati diri ini.. tapi aku amat memerlukan perhatian dari yg telah mencuri hati ini.. tak larat rasanya aku nak nangis lagi..penat suda mulut berbicara.penat suda hati ini bersuara dan penat suda akal untu memikir kannya...tapi sebagai manusia biasa aku amat memrlukan si dia yg amat ku cinta..


Aku tahu keadaannya skrg membataskan segalanya.. tapi aku xboleh terima semua tu. rasa seperti aku ni tidak wujud lagi dalam hidup si dia lagi walau dia berkata jangan sangsikan cinta dia. dan aku juga tahu itu. hati aku rasa sedih sangat.. my health xberapa nak sihat..mgkin dia pikir aku ble trima sumanya ni slps dia ucapkan kata2 maaf atas ketidak sengaja n kesilapannya itu.... sebab tu si dia mungkin boleh lengahkan aku dari fikrn..


Aku tahu si dia juga memarahiku kerana"kata-kataku" yg tak dapt aku tahan dari kotak fikran aku. "lebh baik tiada apa2 lagi".. walau itu hanya menyakiti hati dan sekaligus mematikan jiwa aku sendri. dalam sedar apa yang ku luahkan mengecilkan hati si dia yang amat sangat.. Bukan aku rela tapi hati ku berasa amat kesal.


Bila aku ingatkan kembali kenangan kali pertama jatuh cinta dengan nya. Aku menangis teresak -esak kerana terkenangkan.. Mungkin kerana aku ni seorang yang teramat sensitif dan lemah semangat pada mulanya..


kalau d ingatkn apa yg berlaku pada aku d awal pgi tika aku plng ruma seperti biasa pg tdi.sgt mengejutkan bila aku hampir kehilangan nyawa..jalan yg licin d sebabkan hujan d awal pgi n keta kuarga yg mealaikan itu akan ku jdikan pengajaan untuk selalu berhati2..semoga aku sentiasa dalam lindungan Allah....


Segalanya bermula dari satu peristiwa yg memang aku x ble trima..dari msg,ke gmbr dan nnti aku x tahu lgi.. Dan kepada dia yg  bergelar kekasih, tika itu aku menangis saja.. takut akan segalanya.. Mungkin kerana itu org berkata jagn sayang seorg itu terlampau melebih2 takut nanti kecewa diri.. Tapi Cinta, Kasih Dan Sayang bukan Sengaja dibuat-buat.. kera aku memg amat memerlukan sokongannya.. Ntahlah aku pun tak tahu..Apa Yang mampu aku ucapkan hatiku terasa amat kecewa ni.. Macm2 yg aku katakan yg tak sepatutnya aku cakap.. Terukkan aku.. Like Selfish.. Tak nak faham tentg kerjayanya yg Teramat sibuk.. Tapi aku bukan buat2.. I really Need his consent MOre..


Adakah Salah apa yang ku minta ini????

Monday, April 04, 2011

bila hati terhiris....





Bismillahirahmanirahim . .

"Life is a road full of thorns, one who walks it needs to have extreme patience" 

Seringkali hati ini tersentuh, terasa diri sangat lemah. Ya, hakikatnya aku memang sangat lemah, hamba ILAHI yang tersangat lemah. Acap kali merasa diri jauh dari rahmatNYA. Hakikatnya, rahmat ALLAH itu sangat dekat denganku, tapi akulah yang selalu menjauh. Menjauhkan diri dari rahmatNYA.

Saban hari kita berhadapan dengan manusia. Dalam ramai-ramai manusia tu, pelbagai ragam dan sikap yang kita jumpa. Ada yang begitu, ada pulak yang begini. Ada yang baik ada pulak yang kurang baiknya. Tapi, lazimnya diri sendiri lah yang kurang baiknya. Jangan pandang serong pada orang lain. Jangan pula berprasangka buruk dgn  orang lain dan jangan sesekali simpan benci dan dengki dengan orang lain.
Siapalah kita nak buat semua tu? Kita tak layak nak mengkritik, jauh sekali nak menilai orang lain. Jika rasa bersalah, mohonlah kemaafan. Jika tak mampu nak diungkapkan dengan kata, mohonlah padaNYA semoga diberi kekuatan. Rendahkan ego, beranikan diri dan kuatkan semangat. Jika, tidak mampu.. Mengadulah padaNYA. Hanya DIA tempat yang terbaik. Tapi bukan hanya pada waktu susah, ingatlah DIA sentiasa diwaktu senang.

Kata orang, menangis ialah terapi terbaik untuk tenangkan hati. Kenapa dengan hati? Sakit hati? Jauh hati? Kecil hati? Makan hati? ermm… Walau apa pun keadaan hati, sentiasa lah ingatkan DIA. Memang sukar untuk kita tafsir kata hati ini...aku sendiri sukar untuk aku nyatakan rasa hati ini..bila gembira maemang mudah untuk kita luahkan..tapi bila hati ini sakit,ianya amat sukat untuk d tafsirkan...
Kembali kepada nangis tadi, aku tak pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi, kalau bayi atau kanak-kanak, menangis adalah satu cara untuk meluahkan perasaan dan untuk menarik perhatian. Mungkin orang dewasa pun sama.. Menangislah, supaya dapat bersihkan hati..supaya hati kita akan rasa puas(walau pun pada hakikatnya hati kita tidak pernah merasa puas)

bagi aku, menangis sangat baik. Menangis x bermaksud kita lemah juga tidak bermakna kita kalah. Tapi, dengan menangis kita jadi kuat. Betul!! Mata ni sangat murah dengan air mata. Bila ada masalah, air mata yang jadi peneman setia. Pabila mengadu padaNYA, air matalah yang akan memberi kekuatan. Air mata bukan saja ada waktu susah, tapi air mata juga ada dikala suka. Betul?

Sungguh, padaNYA jua tempat kita memohon. Ingatan buat insan lemah ni, apa pun yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Kuatkan diri, kuatkan hati. Semoga dipermudahkan segalan urusan.

Hidup ini umpama sebuah lautan,
Bagaikan istana yang diimpikan,
Bahkan seperti jutawan yang punya ramai karyawan,
Yang pasti akan tiba hujungnya
Kita lalui kehidupan ini penuh rintangan.

Juga penuh dugaan serta cabaran,
Usahakan diri mencapai kecemerlangan,
Untuk mengapai impian,
Juga untuk menikmati udara yang percuma Tuhan berikan,
Agar diri lebih matang dan tidak lupakan Tuhan

Kehidupan suatu takdir dan ketentuan,
Kita sebagai makluk-Nya yang harus mencorakkan,
Hidup ini hanya tumpangan,
Akhirat yang pasti kekal kita diketemukan,
Dosa, pahala yang membezakan,
Amal manusia yang telah kita lakukan,

 hidup ini, penuh dengan onak dan ranjaunya..semoga terus tabah dalam menepuhnya...