Saturday, April 09, 2011
mana satu pilihan hati
Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham..
"
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu,"
Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara,"
emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya
hati yang kecewa
Patut ka aku meluahkan kepedihan dalm entry kali ni?? dah lama xbecerita. xda mood or idea.. minggu ni rasa down sangat dari apa segi sekali pun.. mau buat keje pun xde mood.pa lagi mau study..exam da dekat tp.:(
Tolong aku Ya Allah.. Tabahkan hati ini untuk menempuh segala dugaan ini..
Kalau nak diikutkan hati, mau rasanya terjun dari tingkat 3 sekarang ni.. aku berasa teramat kecewa dan terluka sangat sekarang.. bukan xda org lain yg dekati diri ini.. tapi aku amat memerlukan perhatian dari yg telah mencuri hati ini.. tak larat rasanya aku nak nangis lagi..penat suda mulut berbicara.penat suda hati ini bersuara dan penat suda akal untu memikir kannya...tapi sebagai manusia biasa aku amat memrlukan si dia yg amat ku cinta..
Aku tahu keadaannya skrg membataskan segalanya.. tapi aku xboleh terima semua tu. rasa seperti aku ni tidak wujud lagi dalam hidup si dia lagi walau dia berkata jangan sangsikan cinta dia. dan aku juga tahu itu. hati aku rasa sedih sangat.. my health xberapa nak sihat..mgkin dia pikir aku ble trima sumanya ni slps dia ucapkan kata2 maaf atas ketidak sengaja n kesilapannya itu.... sebab tu si dia mungkin boleh lengahkan aku dari fikrn..
Aku tahu si dia juga memarahiku kerana"kata-kataku" yg tak dapt aku tahan dari kotak fikran aku. "lebh baik tiada apa2 lagi".. walau itu hanya menyakiti hati dan sekaligus mematikan jiwa aku sendri. dalam sedar apa yang ku luahkan mengecilkan hati si dia yang amat sangat.. Bukan aku rela tapi hati ku berasa amat kesal.
Bila aku ingatkan kembali kenangan kali pertama jatuh cinta dengan nya. Aku menangis teresak -esak kerana terkenangkan.. Mungkin kerana aku ni seorang yang teramat sensitif dan lemah semangat pada mulanya..
kalau d ingatkn apa yg berlaku pada aku d awal pgi tika aku plng ruma seperti biasa pg tdi.sgt mengejutkan bila aku hampir kehilangan nyawa..jalan yg licin d sebabkan hujan d awal pgi n keta kuarga yg mealaikan itu akan ku jdikan pengajaan untuk selalu berhati2..semoga aku sentiasa dalam lindungan Allah....
Segalanya bermula dari satu peristiwa yg memang aku x ble trima..dari msg,ke gmbr dan nnti aku x tahu lgi.. Dan kepada dia yg bergelar kekasih, tika itu aku menangis saja.. takut akan segalanya.. Mungkin kerana itu org berkata jagn sayang seorg itu terlampau melebih2 takut nanti kecewa diri.. Tapi Cinta, Kasih Dan Sayang bukan Sengaja dibuat-buat.. kera aku memg amat memerlukan sokongannya.. Ntahlah aku pun tak tahu..Apa Yang mampu aku ucapkan hatiku terasa amat kecewa ni.. Macm2 yg aku katakan yg tak sepatutnya aku cakap.. Terukkan aku.. Like Selfish.. Tak nak faham tentg kerjayanya yg Teramat sibuk.. Tapi aku bukan buat2.. I really Need his consent MOre..
Adakah Salah apa yang ku minta ini????
Tolong aku Ya Allah.. Tabahkan hati ini untuk menempuh segala dugaan ini..
Kalau nak diikutkan hati, mau rasanya terjun dari tingkat 3 sekarang ni.. aku berasa teramat kecewa dan terluka sangat sekarang.. bukan xda org lain yg dekati diri ini.. tapi aku amat memerlukan perhatian dari yg telah mencuri hati ini.. tak larat rasanya aku nak nangis lagi..penat suda mulut berbicara.penat suda hati ini bersuara dan penat suda akal untu memikir kannya...tapi sebagai manusia biasa aku amat memrlukan si dia yg amat ku cinta..
Aku tahu keadaannya skrg membataskan segalanya.. tapi aku xboleh terima semua tu. rasa seperti aku ni tidak wujud lagi dalam hidup si dia lagi walau dia berkata jangan sangsikan cinta dia. dan aku juga tahu itu. hati aku rasa sedih sangat.. my health xberapa nak sihat..mgkin dia pikir aku ble trima sumanya ni slps dia ucapkan kata2 maaf atas ketidak sengaja n kesilapannya itu.... sebab tu si dia mungkin boleh lengahkan aku dari fikrn..
Aku tahu si dia juga memarahiku kerana"kata-kataku" yg tak dapt aku tahan dari kotak fikran aku. "lebh baik tiada apa2 lagi".. walau itu hanya menyakiti hati dan sekaligus mematikan jiwa aku sendri. dalam sedar apa yang ku luahkan mengecilkan hati si dia yang amat sangat.. Bukan aku rela tapi hati ku berasa amat kesal.
Bila aku ingatkan kembali kenangan kali pertama jatuh cinta dengan nya. Aku menangis teresak -esak kerana terkenangkan.. Mungkin kerana aku ni seorang yang teramat sensitif dan lemah semangat pada mulanya..
kalau d ingatkn apa yg berlaku pada aku d awal pgi tika aku plng ruma seperti biasa pg tdi.sgt mengejutkan bila aku hampir kehilangan nyawa..jalan yg licin d sebabkan hujan d awal pgi n keta kuarga yg mealaikan itu akan ku jdikan pengajaan untuk selalu berhati2..semoga aku sentiasa dalam lindungan Allah....
Segalanya bermula dari satu peristiwa yg memang aku x ble trima..dari msg,ke gmbr dan nnti aku x tahu lgi.. Dan kepada dia yg bergelar kekasih, tika itu aku menangis saja.. takut akan segalanya.. Mungkin kerana itu org berkata jagn sayang seorg itu terlampau melebih2 takut nanti kecewa diri.. Tapi Cinta, Kasih Dan Sayang bukan Sengaja dibuat-buat.. kera aku memg amat memerlukan sokongannya.. Ntahlah aku pun tak tahu..Apa Yang mampu aku ucapkan hatiku terasa amat kecewa ni.. Macm2 yg aku katakan yg tak sepatutnya aku cakap.. Terukkan aku.. Like Selfish.. Tak nak faham tentg kerjayanya yg Teramat sibuk.. Tapi aku bukan buat2.. I really Need his consent MOre..
Adakah Salah apa yang ku minta ini????
Monday, April 04, 2011
bila hati terhiris....
Bismillahirahmanirahim . .
"Life is a road full of thorns, one who walks it needs to have extreme patience"
Seringkali hati ini tersentuh, terasa diri sangat lemah. Ya, hakikatnya aku memang sangat lemah, hamba ILAHI yang tersangat lemah. Acap kali merasa diri jauh dari rahmatNYA. Hakikatnya, rahmat ALLAH itu sangat dekat denganku, tapi akulah yang selalu menjauh. Menjauhkan diri dari rahmatNYA.
Saban hari kita berhadapan dengan manusia. Dalam ramai-ramai manusia tu, pelbagai ragam dan sikap yang kita jumpa. Ada yang begitu, ada pulak yang begini. Ada yang baik ada pulak yang kurang baiknya. Tapi, lazimnya diri sendiri lah yang kurang baiknya. Jangan pandang serong pada orang lain. Jangan pula berprasangka buruk dgn orang lain dan jangan sesekali simpan benci dan dengki dengan orang lain.
Siapalah kita nak buat semua tu? Kita tak layak nak mengkritik, jauh sekali nak menilai orang lain. Jika rasa bersalah, mohonlah kemaafan. Jika tak mampu nak diungkapkan dengan kata, mohonlah padaNYA semoga diberi kekuatan. Rendahkan ego, beranikan diri dan kuatkan semangat. Jika, tidak mampu.. Mengadulah padaNYA. Hanya DIA tempat yang terbaik. Tapi bukan hanya pada waktu susah, ingatlah DIA sentiasa diwaktu senang.
Kata orang, menangis ialah terapi terbaik untuk tenangkan hati. Kenapa dengan hati? Sakit hati? Jauh hati? Kecil hati? Makan hati? ermm… Walau apa pun keadaan hati, sentiasa lah ingatkan DIA. Memang sukar untuk kita tafsir kata hati ini...aku sendiri sukar untuk aku nyatakan rasa hati ini..bila gembira maemang mudah untuk kita luahkan..tapi bila hati ini sakit,ianya amat sukat untuk d tafsirkan...
Kembali kepada nangis tadi, aku tak pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi, kalau bayi atau kanak-kanak, menangis adalah satu cara untuk meluahkan perasaan dan untuk menarik perhatian. Mungkin orang dewasa pun sama.. Menangislah, supaya dapat bersihkan hati..supaya hati kita akan rasa puas(walau pun pada hakikatnya hati kita tidak pernah merasa puas)
bagi aku, menangis sangat baik. Menangis x bermaksud kita lemah juga tidak bermakna kita kalah. Tapi, dengan menangis kita jadi kuat. Betul!! Mata ni sangat murah dengan air mata. Bila ada masalah, air mata yang jadi peneman setia. Pabila mengadu padaNYA, air matalah yang akan memberi kekuatan. Air mata bukan saja ada waktu susah, tapi air mata juga ada dikala suka. Betul?
Sungguh, padaNYA jua tempat kita memohon. Ingatan buat insan lemah ni, apa pun yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Kuatkan diri, kuatkan hati. Semoga dipermudahkan segalan urusan.
Hidup ini umpama sebuah lautan,
Bagaikan istana yang diimpikan,
Bahkan seperti jutawan yang punya ramai karyawan,
Yang pasti akan tiba hujungnya
Kita lalui kehidupan ini penuh rintangan.
Juga penuh dugaan serta cabaran,
Usahakan diri mencapai kecemerlangan,
Untuk mengapai impian,
Juga untuk menikmati udara yang percuma Tuhan berikan,
Agar diri lebih matang dan tidak lupakan Tuhan
Kehidupan suatu takdir dan ketentuan,
Kita sebagai makluk-Nya yang harus mencorakkan,
Hidup ini hanya tumpangan,
Akhirat yang pasti kekal kita diketemukan,
Dosa, pahala yang membezakan,
Amal manusia yang telah kita lakukan,
hidup ini, penuh dengan onak dan ranjaunya..semoga terus tabah dalam menepuhnya...
Tuesday, March 29, 2011
the last assemble..:(
Perhimpunan pagi kali ke 2 2011..perhimpunan kali ni sem 5 yg handle(group aku la 2)..aku ada sala seorg yg terlibat dalm majlis ni...cam besa aku dan seorg lgi rakan (fajila)akan d tugaskan tuk jdi MC...seram sejuk jg la time perform tdi,al maklum la,da lama jg kami x berduet d hdpn org..huhu....
Alhamdulillah perhimpunan kali ni berjalan lncar.suma yg d plan berjalan ngan lancar walau pun pada saat2 akhir ada pertmbhan acara n perubahan skit..syukur dapt handle ngan bek...
Tp yg sedih nya rupanya ni assemble yg last da group kami join..arg....:(...sedihnya...xdpt lgi rasa saat2 mcm 2..time student ni jak..tmbhn plak pengarah x berucap sal dia sakit,so tmbh kecewa la kami,apa lgi kwn2 len,mulka berfikir negatif...huhu..ada yg ckp pengarah mang benci group kita da,tue la dia x mau berucap 2,kan kita handle assemble kali ni..huhu....walau apa pun.sebenarnya mang pengarah sakit,lgpun dia mau bgi peluang ngan timbln dai tuk berucap...asyik2 dia jak berucap,pa sala nya kali ni bg peluang ngan timbln dia plak positive thinking k.....kan baru jak tdi kita dengar motivasi dari kwn kita sendiri'berfikiran positif'...huhu...
Best jg la perhimpunan kali ni..walau pun x suma kwn ada di kolej sal dorg di penempatan luar kena2 lgi ketua group kami pun d luar jg...pengisian perhimpunan kali ni x la menyeluruh sgt,tp sekadar memuas kan hati kami semua mang memuaskan..2 jam bersama dlm dewan persidangan tue mang best...
Mula2 jak tu majlis di buka ngan bacaan doa ole fareha..mang aku sure time 2 reha gementar,nasib bek dia x pegang mic tue lau x mesti nmpk uda tgn nya tue..tp dia ble control jg pun...hehe
pas tue nyanyi,pas nyanyi kita org dengar plak motivasi dari morfishan tajuknya berfikiran positif..syok juga o...kac sedar sapa2 yg blum sedar lgi tue,yg tau mengumpat jak.hahaha..(peringatan tuk diri sendiri jg pun)
pas tue kan,puan rabia plak bgi motivasi ngan tajuk'disini jual ikan segar'.tekejut jg dgr tajuk tue,kwn2 suma ketawa uda..nah,time puan bg motivasi tu suma terpegun..mang kena jg la sebiji ngan suma..hahaha...kesimpuln dari motivasi puan tue sebenarnya kita kena la berpegang ngan keptsn sendiri...
Pas 2 cam besa la kan ucpan warden n timbln pgrh,pas 2 kan ada persmbhn koir dari sem3..wa best o dorg...dorg ni dah wakili kolej ke melaka sempena pertndingan konvensyen kurikulum(ILLKM) drng menang tmpt ke 3..tahniah..
em mau cita lgi..tp penat da tgn aku taip..hehe...lgpun x da yg menarik uda..semoga kelak kolej lebih maju n akan melahir jururawat2 yg lebih berkaliber n berwawasan kelak....MISS U.....
Monday, March 14, 2011
perjalanan yg kian berakhir
01/01/09 bermulanya kisah hidupku yg baru dan akan merubah segalanya,itulah yg jd persoalan dalam fikiranku sejak menerima tawaran untuk belajar di Kolej Jururawat Masyarakat Tawau.Dalam usia muda ku aku telah menceburi bidang pekerjaan yg bagiku,aku rasa amat berat untuk aku memikulnya,namun dengan semangat dan azam yg kuat aku terus gagahi..
em...byk jg yg aku belajar d sini sejak.bermula la dari sesi pembelajaran yg amat menyeronokkan,keja yg amat memenatkan dan erti persahabatan yg sebenar..
sem 1-4,alhamdulillah telah selamat aku tempuhi..kini tgl 1 sem lagi untuk aku menghabiskan masa d sini..x sabar jg rasanya mau habis cepat2 dari sini..huhu..(byk masalah jak rasanya d sini ni..hahahahahaha)
kejap lg mau exam uda..huhu..seram sejuk jg.tp sat pun blum belajar lgi nie..em cam na ni ek????risau tp x da sedia pun..huhu..
harap2 aku dan kawanku akan berjaya dalam exam final &LJM kali ni...
wish all the best to all my friends.....
ni la gmbr kami semua masa sem 1
Tuesday, January 25, 2011
salam perkenalan
alhamdulillah,syukur dapat wat blog ni....
sekadar renungan dan kenangan diri..kadang someting yg penting dalam hidup ble kita lupa,so d sini rasanya,dpt la aku tulis pa yg patut aku ingat tuk sepanjang hidup ni...
harap2 suma memory ni kan jd pengajaran dalam hidup tuk aku perbaiki lg hidup ku...
sekadar renungan dan kenangan diri..kadang someting yg penting dalam hidup ble kita lupa,so d sini rasanya,dpt la aku tulis pa yg patut aku ingat tuk sepanjang hidup ni...
harap2 suma memory ni kan jd pengajaran dalam hidup tuk aku perbaiki lg hidup ku...
Subscribe to:
Posts (Atom)

